Resepi Tomyam Ayam
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1/2 biji bawang holland
4 batang serai
3 helai daun limau purut
4 sudu besar pes tomyam
Air limau nipis segera
3 sudu besar susu
Lobak merah
Putik jagung
Bunga kubis
Cendawan
Tomato
saderi
Cara-cara masak:
#1. Mula-mula panaskan sedikit minyak di dalam kuali.apabila minya sudah panaskan masukkan bawang holland yang telah dipotong menjalur, bawang putih dan serai yang telah diketuk terlebih dahulu.
#2. Apabila tumisan sudah layu dan berbau wangi tuangkan air dan masukkan daun limau purut beserta lengkuas.
#3. Kemudian, boleh masukkan pes tomyam mengikut kuantiti yang anda inginkan.
#4. Biarkan ia mendidih menggunakan api sederhana. Selepas itu, tambahkan air limau nipis segera yang dijual di pasaran. Masukkan mengikut tahap kemasaman yang mommy inginkan.
#5. Seterusnya apabila kuah sudah mendidih boleh masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan dibersihkan terlebih dahulu.
#6. Kacau ia biar sekata dan biarkan ia mereneh sehingga ayam masak dengan sempurna.
#7. Apabila ayam sudah masak, tuangkan sedikit susu ke dalamnya.
#8. Akhir sekali, masukkan sayur lobak yang telah dihiris nipis, putik jagung, batang saderi, bunga kubis, cendawan dan juga tomato. Tambahkan garam dan sedikit ajinomoto mengikut citarasa Mama.
resepi tomyam
Tips/Petua Memasak Resepi Tomyam Ayam
Pastikan bahan-bahan yang digunakan masih elok dan segar.
Semoga dengan perkongsian ini Mama dapat menyediakan tomyam ayam yang sedap dan enak untuk seisi keluarga.
Leave a comment